Saya kalau masak mesti jarang nak sukat, timbang ke apa.. suka main campak-campak jer kecuali kalau rujuk buku resepi jer. So ni resepi mee kuah versi campak2.. rasanya sedap jugak.
Bahan2:
1 paket mee kuning - rebus sekejap dan toskan
1 paket rempah sup
sayur sawi
carrot
2 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 biji telur
kicap manis
garam
minyak
air (bergantung nak kuah banyak ke sikit)
Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau
2. Masukkan rempah sup dan tambahkan air.
3. Bila dah mendidih masukkan carrot.. pastu masukkan sayur sawi.
4. Tambah kicap manis dan perasakan dengan garam.
5. Pastu masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga telur masak.
Bila nak makan, letak mee kuning dan tambahkan kuah. erm.. yummy..
No comments:
Post a Comment