Wednesday, February 16, 2011

Al-Kautsar (سورة الكوثر) Surah penawar


Surah Al-Kautsar ialah surah yang paling pendek dalam Al Quran yang mengandungi 3 ayat sahaja, diturunkan di Makkah. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Terdapat 2 maksud kautsar yang saya jumpa iaitu :
1. Al Kautsar sendiri bererti nikmat yang banyak. 
2. Bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih  putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.  
 
Isi kandungan surah ini  perintah melaksanakan solat dan berkorban kerana Allah memberikan banyak kenikmatan untuk untuk mereka yang beriman sedangkan para pembenci kaum beriman akan terputus. Dalam Surah Al-Kauthar, Allah memerintahkan agar memperhambakan diri kepada Allah, sedang dalam surah selepasnya Surah Al-Kafirun perintah tersebut diulang lagi.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di  leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,  mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir  itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak  bersalah tetapi dizalim
i.

No comments: