Wednesday, February 9, 2011

Acara 'Kuala Lumpur 1Heritage Xplorace 2011'

Bagi mereka yang ingin menguji ketahanan stamina diri dan  mempunyai pengetahuan luas tentang warisan, sejarah dan budaya tentang segitiga emas Kuala Lumpur, Buat julung kalinya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan disokong oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan acara hebat ‘Kuala Lumpur 1Heritage Xplorace’ yang bakal di adakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh                                    : 26 Februari 2011(Sabtu)
Masa                                      : 8.00 pagi
Tempat                                  : Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd
Yuran Penyertaan                  : RM 50.00 (Warganegara) RM100.00 (Warga Asing)
Pendaftaran                           : Rujuk Brochure di bawah
Tarikh Tamat Pendaftaran     : Terbuka sehingga peserta berkumpulan mencukupi 200 penyertaan

Larian pengembaraan ini tidak ubah seperti rancangan TV seperti Explorace Malaysia dan Explorace Asia yang mana memerlukan peserta untuk menjawab soalan-soalan di lokasi-lokasi sekitar di Kuala Lumpur sejauh 15KM dan semestinya hadiah Wang Tunai dan hamper yang bernilai RM 20,000.00 disediakan kepada para pemenang. Maklumat lanjut bolehlah melawat ke halaman rasmi Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd di www.menarakl.com.my



 Kredit to Suhaimi Hussin, ofismate.

No comments: