Friday, December 10, 2010

Surah Al-Kahfi dan hari Jumaat

Assalamualaikum.. arini saya nak share sedikit berkenaan surah al-Kahfi dan juga kaitannya dengan hari jumaat... rasanya ramai kat luar sana yang x tahu kan??

masa saya belajar dulu, kat surau sekolah biasa buat bacaan yasin setiap malam jumaat.. tapi ustaz saya cakap sebenarnya kalau malam jumaat/ hari jumaat, digalakkan baca surah al-kahfi. antara kelebihannya adalah Allah ampunkan dosa dari jumaat ke jumaat seterusnya serta malaikat akan mendoakan kesejahteraan kita. Itu antara yang saya ingat2 lupa.. kalau silap harap dapat betulkan.

sesiapa yang ada buku yasin kecil sekali ngan surah2 pilihan tu, boleh  baca kelebihannya kat situ. biasanya sebelum setiap surah tu ada dinyatakan kelebihan membaca surah2 tersebut.

kat sini saya sharekan maklumat dari blog2 lain.. thanks kepada sudi berkongsi ilmu.



Kelebihan Surah Al-Kahfi (Surah ke-18)

1. Sesiapa Membaca surah Al-Kahfi diampunkan dosa2nya dari satu Jumaat ke Jumaat yang akan datang...

2. Terpancar cahaya dari telapak kakinya sehingga ke dada langit dan akan kelihatan cahayanya di Hari Kiamat
 
Daripada Umar r.a. berkata: Nabi s.a.w telah bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

Kandungan Utama Surah Al-Kahfi
1. Hikayat Sohibul Kahfi (pemuda2 beriman)

2. Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir AS

3. Kisah Zulkarnain dan Ya'juj & Ma'juj

No comments: