Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Kepada semua muslimin dan muslimat, selamat tahun baru 1432H. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun terdahulu. amiin..

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali


Doa akhir tahun - baca selepas Asar (penghujung asar) sebanyak 3 kali


Ini pula doa awal tahun. Dibaca selepas masuk waktu maghrib. Kenapa baca selepas waktu maghrib?? sbbnya dalam bulan islam, hari baru dikira selepas masuk waktu magrib. Kiranya pas maghrib arini dah dikira sebagai 1 Muharram.

 

No comments: