Wednesday, December 8, 2010

Konvensyen KIK

Pada 30 Nov dan1 Dis 2010 yang lepas telah diadakan Konvensyen KIK peringkat KPM bertempat di Hotel Premiere, Bandar Bukit Tinggi Klang.. Konvensyen ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu pengurusan dan teknikal. Berikut adalah senarai pemenang.

PEMENANG KONVENSYEN
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2010

BIL.
JABATAN/BAHAGIAN
KUMPULAN
KATEGORI
PEMENANG
1.
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
URGENT
PENGURUSAN
JOHAN KESELURUHAN
2.
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
URGENT
PENGURUSAN
JOHAN
3.
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
EZI-D
NAIB JOHAN
4.
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
DINAMIK
KETIGA
5.
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
CORE
TEKNIKAL
JOHAN
6.
JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN
Q-SPARK
NAIB JOHAN
7.
JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG
NADI DINAMIK
KETIGA

Kepada yang menang, tahniah diucapkan.. yang x menang jangan sedih pula.. hasil kerja korang memang mantopp belaka. mungkin cara presentation je yang kena mantopkan lagi. Yang x masuk konvensyen tu, bila lagi nk tunjuk produk  bahagian korang?? (diri sendiri laa tu.. hehe..)

Sedikit pengenalan KIK kepada sesiapa yang x tahu apa itu KIK..

Sumber : Buku Aturcara Konvensyen KIK 

 

PENGENALAN

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) merupakan salah satu aktiviti kumpulan kecil yang ditubuhkan bertujuan melahirkan produk atau perkhidmatan yang bercirikan kreativiti dan inovasi yang dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.

OBJEKTIF

Objektif bagi pelaksanaan Konvensyen KIK KPM dan penyampaian anugerah KIK adalah seperti berikut:
  1. sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada pemenang - pemenang KIK atas usaha, tenaga dan masa yang diperuntukkan mereka bagi menubuhkan kumpulan KIK;
  2. sebagai pengiktirafan kepada pemenang yang telah berjaya menghasilkan projek KIK yang boleh dimanfaatkan di KPM;
  3. sebagai galakan dan dorongan kepada warga KPM supaya menubuhkan lebih banyak lagi kelompok KIK di Bahagian/Jabatan KPM untuk lebih berinovasi dan kreatif dalam pelakasnaan tugas yang berkualiti;
  4. merupakan salah satu mekanisme bagi mewujudkan hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan pekerja;
  5. memberi peluang kepada peserta dan pemerhati Konvensyen daripada pelbagai bahagian dan jabatan KPM untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran mengenai inovasi bagi meningkatkan produktiviti kerja.

FALSAFAH KIK

Falsafah KIK adalah seperti berikut:
  1. Konsep pengurusan secara kemanusiaan, iaitu pengurusan yang menekankan aspek modal insan yang merupakan aset terpenting di dalam sesebuah organisasi.
  2. Konsep pengurusan secara penyertaan, iaitu setiap pekerja tidak kira kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi.
  3. Merupakan satu mekanisme yang melibatkan pekerja dalam proses penyelesaian masalah atau penambahbaikan proses kerja dan standard yang sedia ada atau memperkenalkan sesuatu yang baru.
  4. Menerapakan konsep knowledge-based dan creativity-driven bagi membolehkan organisasi menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan.
  5. Memberi tumpuan kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan penciptaan nilai menerusi strategi pengenalpastian dan penyelesaian masalah, teknik-teknik penghasilan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif.
  6. Produk akhir KIK menjurus kepada penghasilan output berkualiti yang dapat dinikmati dengan ketara dan secara meluas. Dengan itu, impak dan sumbangan KIK terhadap pertumbuhan dan pngukuhan ekonomi negara akan lebih berkesan.

KRITERIA KIK

Penilaian ke atas pembentangan kertas projek adalah berdasarkan kriteria di bawah:
  1. Pengenalan
  2. Pemilihan dan Definisi Projek
  3. Analisis Terhadap Peluang Penambahbaikan
  4. Penyelesaian atau Pelaksanaan yang KReatif dan Inovatif
  5. Pemantauan dan Penyeragaman
  6. Pencapaian dan Penciptaan Nilain
  7. Persembahan

No comments: