Thursday, October 3, 2013

Install Oracle 11g

Misi menginstall oracle diteruskan lagi.. aritu tak dapat install sebab tak compatible sebab PC ku 32bit. installer pulak untuk 64bit.

Semalam try lagi guna installer untuk 32bit. seharian try install Oracle 11g tak dapat2.. adoii... asyik error yang sama jer iaitu cannot find main class.. pagi tadi try lagi.. masih tak putus asa sebab boleh try and error sendirian.. hehe.. so keluar error lagi tapi error lain pulak.  error 32 when trying set file time

Daripada pembacaaan, didapati space yang diperlukan untuk install oracle agak besar dan paling elok 8G. Space kat partition C aku pulak dah hampir penuh.So banyak la program2 yang dah diuninstall semata2 nak kosongkan space. huhu..

Last2 dalam kul 10 lebih dapat jugak install.. tapi kat partition D. adoii sakit hatiku.. dah letih dah uninstall program, ko pergi install kat D pulak yer oracle.. hmm.. baru ku tahu yang oracle akan install program dia kat partition sama yang kita letak fail installer tu..tak seperti certain software yang tetap akan install kat C walaupun installer dia letak kat partition mana2. huhu..

takpe shikin.. belajar dari pengalaman.. belajar sendiri lagi bagus daripada kita minta tolong orang, tapi tak dapat belajar apa2 :)

Virtual private network (VPN)

VPS is a network that connects one or more computers to a large network, such as a business network, using the Internet. A VPN is encrypted, so only authorized people have access to it. 


Ooo.. macam tu fungsi VPN.. patutler dari tadi lagi connect database kat server luar tak dapat2.. tak connect ke VPN rupanye.. hehe..

Saya budak baru belajar.. :D

Tuesday, October 1, 2013

Jurnal Mini Kebun - 1 Oktober 2013


28/9/13 - Hasil tuaian kedua daun bawang. Malangnya lambat sangat p menuai.. daunnya dah rasa pahit.. tak dapat makan. Sib bek masa pertama kali tuai ok.


28/9/13 - Tempat jemuran a.k.a ruang semaian. Senang nak p menyiram pagi dan petang sebab terlindung sket dari pandangan luar.. tempat pun redup sahaja.. tak panas sangat.. hehehe..


 29/9/13 - Sawi telah dipindahkan ke dalam botol2. Sebahagian di letak di tempat ampaian, sebahagian kat balkoni. Saje nak wat ujikaji sket. Kat sini banyak cahaya matahari sesuai untuk pokok membesar.. 


Belakang sekali, atas kayu adalah pokok bawang.. 4 pokok bwang merah, 2 pokok bawang putih.. Weekend ni nak tanam lagi sebab ada bawang yang dah bercambah. huhu..


Barisan kedua, dari kiri ada 4 anak pokok sawi. nampak macam sesuai jer duk kat situ. sebelahnya tu kacang panjang dan tepi yang melingkar tu adalah kangkung. kangkung ni ditanam dengan cara menanam lebihan kangkung yang diguna untuk memasak. daripada 4 batang kangkung yang ditanam, 1 jer yang survive.


Akhir sekali pokok cili (biji yang dicampak2 jer) dan kangkung (dibeli dari En. Is tanamsendiri).. Pokok cili ni baru ditukar ke pasu yang lebih besar.. kangkung pulak masih kecil walaupun telah ditanam beberapa minggu. perlu baja agaknya.. hehe..

Sunday, September 29, 2013

Petua Mendapatkan Anak

Bagi yang dah berkahwin dan belum mendapat zuriat , boleh cuba amalkan petua di bawah..

Cubalah pula petua @ amalan ini:

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

Susu kambing susah nak cari yang fresh.. saya biasa minum yang serbuk je - Higoat/ Hiraq. orang kata yang dah proses atau serbuk ni dah kurang/ tiada khasiatnya.. hmmm.. kalau ada yang tahu kat mana nak dapatkan susu kambing segar, boleh la bgtau saya yer..

Thanks :)

Saturday, September 28, 2013

Atasi Penyakit Kencing Manis

Sumber : Lupa nak simpan ambil dari blog mana. Thanks kepada yang share.

Kepada pesakit Diabetis, 

Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan hj dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh. Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun daris egi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". 

Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan). Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut2, kemudian dos boleh dikurangkan....

Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh..amin...

Friday, September 27, 2013

Neonatal Jaundice @ Kuning di kalangan baby

Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus. Lupa dah amek kat blog mana. hehe..


NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena. 

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning. 

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam. 

Wednesday, September 18, 2013

Jurnal mini kebun - 18 September 2013

Setelah memulakan projek mini kebun sebelum cuti hari raya yang lepas, ada beberapa pokok yang ok dan tak ok.

1. Potato 

Penemuan :

Mula2 pokok hidup subur dan tinggi. Lepas tu tukar pasu dan tanah + tambah baja. 2 minggu lepas, isi potato mereput dan lepas tu 2 anak pokok mula layu. minggu ni semua anak pokok telah layu dan tak dapat diselamatkan. Anak serangga terbang ada kat dalam pasu tu..

Hipotesis : 

1. Tanah yang terlalu lembab dan menakung air hujan tidak sesuai untuk potato. hujan pulak turun hampir setiap hari.

2. Baja yang digunakan tidak sesuai (NPK).


2. Cili

Cili ditanam menggunakan benih daripada cili yang dibeli untuk memasak.. Hasil daripada menabur benih sesuka hati, 3 anak pokok telah tumbuh. 1 anak pokok berjaya membesar di dalam pasu kecil + pernah diletakkan baja udang. 2 anak pokok lagi hampir membesar. tapi setelah diletak baja NPk, dua2 layu serta tidak dapat diselamatkan walaupun telah dialih ke bekas dengan tanah blacksoil.

Hipotesis : 

1. Baja yang digunakan tidak sesuai (NPK).

Tuesday, September 17, 2013

Jurnal Mini Kebun - 17 September

Benih kacang panjang dan ulam raja yang dibeli telah pun disemai pada 7 September lepas. semai 2 biji je setiap satu. 1 pokok kacang panjang cepat besar, 1 lagi lambat, tinggi separuh je dari pokok 1 lagi. dua2 baru ada 1 set daun, so x dapat pindahkan ke pasu yang besar lagi.

ulam raja pula tidak menjadi. hehe.. memula dah tumbuh sekitar 5cm camtu pastu g pindahkan ke semaian lain. pokok patah dan terus mampus.. huhu.. 

Sekarang fokus pada kacang panjang je dulu. ni nota untuk rujukan agar pokok tersebut berjaya membesar hingga dapat dituai hasilnya. amiin.. :-)


Sumber : 
http://www.tanamsendiri.com/2013/08/tanam-sendiri-kacang-panjang-dalam-pasu.html

Anda perlukan bekas sedalam 20 hingga 30 cm (8 hingga 12 inci). Isikan bekas dengan tanah atas (topsoil) yang digaul dengan baja tinja ayam atau kambing dan pasir dengan kadar nisbah 2:1:1. Siram dengan air dan biarkan baja mereput selama 1 hingga 2 minggu.Gunakan pancang kayu sepanjang 1 hingga 1.5 meter (4 hingga 5 kaki). Cucuk di tengah bekas sebagai tempat pokok kacang memanjat. Pastikan kedudukan pancang teguh tapi jangan mampatkan tanah.
Dengan menggunakan hujung pensel atau kayu penyepit, buat lubang sedalam 3 cm (lebih kurang 1 inci). Buat beberapa lubang dengan jarak 10 cm. Jika guna pasu seeloknya buat 3 atau 4 lubang.
Masukkan benih dan timbus lubang. Siram degan menggunakan aliran air yang lembut supaya benih tidak dibawa air. Letakkan bekas di tempat yang kena cahaya matahari.
Siram setiap hari untuk lembapkan tanah. Jangan siram terlalu banyak sehingga air bertakung. Benih akan bercambah dalam masa 3 hingga 7 hari. Bila ada 4 helai daun, mula membaja menggunakan baja organik 2 minggu sekali. Jika ingin gunakan baja kimia, gunakan baja NPK dan baja urea. Ikut sukatan pada bekas baja. Baja setiap 3 hari.
Pokok akan dapat dituai selepas 6 minggu pokok disemai.

Nota:
Sekarang dah minggu ke-2.. tak sabar nak tunggu minggu ke-6 nak tuai hasil. hehe..

Tuesday, September 3, 2013

Biji Benih Tanaman Dari Tanamsendiri

Alhamdulillah.. Benih2 yang dibeli daripada tanamsendiri.com  telah selamat diterima. Saya membeli 1 set ulam dan 5 pek benih campuran dengan harga RM40 sahaja. Dapat percuma 1 pek benih kongsi pula tu. terima kasih yer tuan. saya beli :)

Set Ulam
1. Ulam raja (1 pek)
2. Timun tokyo (1 pek, hanya diedarkan melalui set ini)
3. Timun wonder (1 pek, baka baru yang panjang dan rangup)
4. Kacang panjang (2 pek)
5. Basella merah (1 pek) habis stok. diganti dengan basella hijau.
6. Basella hijau (1 pek)
7. Kangkung (2 pek)
8. Cili (2 pek)
9. Terung (2 pek)
10. Salad (2 pek)


Tanah telah dibeli 2 minggu lepas di Jusco Seri Kembangan. 1 pek tanah kompos yang mengandungi sabut berharga RM3.90. Pasu plastik saiz sederhana pula dibeli di Warta Bangi RM2.00 sahaja. Nyesal lak tak beli pasu tu banyak2.. lain2 bekas adalah menggunakan kaedah recycle. botol minyak, botol mineral, bekas telur dan bekas buah akan digunakan. Botol2 telah lama dipotong, cuma belum ditebuk lubang jer.. malas sket bab tu. hehe..

Petang ni akan isikan tanah untuk tapak semaian. Jika sempat la. Benih pula belum semai lagi kot sebab ada yang nak kena rendam air suam dulu.. Masih banyak lagi kena study cara2 penanaman yang diberikan oleh si penjual. 


Beauty And The Beast

Source : 
http://www.poemhunter.com/song/beauty-and-the-beast-2/

Beauty And The Beast

Beauty lies in the eyes
Behold the eyes where it lies
If beauty lies in the eyes
Behold the eyes the beast
You, you're beautiful
You, you're beautiful
Beauty talks but beauty lies
Beauty wakes the beast inside
A feast of eyes where beauty walks
Behold the eyes the beast
You, you're beautiful
You, you're beautiful
Beauty struts and beauty flaunts
'cause this is what the eyeball wants
Beauty doesn't stand a chance
Behold the eyes of the beast
Those hungry eyes on beauty's parts
Those burning eyes on beauty's parts
Those burning eyes so dark and hot
Dark and hot dark and hot dark and hot
Behold the eyes

Vocabulary :

1. Behold - melihat; (imper) lihatlah

2. struts - rod or bar in a framework to support or brace it, sangga, topang

3. flaunts - menunjuk-nunjukkan, menayang-nayangkan


The Road Not Taken

Source :

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


Robert Frost


Vocabulary :

1. diverged - go out in different directions, mencapah

2. bent - aptitude, propensity, kecenderungan, kecondongan

3. undergrowth - small trees, bushes, etc growing under taller trees, tumbuhan bawah, semak

4. trodden - set one's foot down on top of.


Note: I had learnt this poem during my upper secondary school. 

Monday, September 2, 2013

GULAI ITIK

Assalamualaikum.. 

Sabtu lepas, p shopping barang dapur kat Aeon Big Alamanda. Cadangnya nak beli tulang untuk dibuat sup. Tapi hubby terjumpa itik pulak. Tu 1st time jumpa itik yang belum masak lagi. So tanpa pikir panjang kami pun ambil seekor. Harga lebih kurang RM31 dengan berat 3+ kg..

Esoknya tu cuba la masak itik. Pagi tu pekena nasi lemak dan itik goreng.. hurmmm yummy.. tapi daging agak liat.  ok, pastu cubaan untuk melembutkan daging itik pulak dengan cara merebus. tup2 terlebih rebus sampai daging hampir2 terlerai dari tulang.. pastu hubby cakap tak sedap sebab dah tak bau n rasa macam itik. padan muka.. sape suruh tak google dulu cara2 lembutkan daging. haha..

Next hidangan itik hubby request suh buat kari itik. So another cooking experiment in the house .. Meh kaji resepi2 yang ada n try the simplest one. hehe.. 


Friday, August 30, 2013

Something Good to Share

Assalamualaikum.. Good morning everyone!!

Senarai "Something Good to Share" terutama kepada orang IT :
  1. BYOD
  2. VDI
  3. Dark Fiber
  4. 1GovUC
  5. Big Mail Transfer
  6. dll . will update later..
** Hasil carian akan saya post berperingkat2.


Sebenarnya saya telah diberi 'kepercayaan' untuk menjadi setiausaha satu mesyuarat penting di pejabat saya sejak bulan Mei hingga Ogos 2013. Kiranya 4 kali saya 'terpaksa' jadi setiausaha mesyuarat tersebut.. bunyi macam senang je kan.. tapi sebenarnya tak.. mcm2 dugaan/cabaran berlaku semasa saya dilantik jadi setiausaha.. masa orang lain jadi setiausaha 'smooth n clear' jer.. apa2 pun Alhamdulillah, semuanya dapat saya hadapi dengan tenang..

So daripada sini la saya belajar ilmu2 baru yang dirasakan bagus untuk keje saya (IT).. mula2 pening dan tension jugak nak membuat minit, sebab banyak terms2 yang digunakan tidak pernah saya dengar. Dan saya pula akan google setiap terms2 yang saya tak faham.. itulah cara saya belajar.. yang akhirnya saya rasa tak sia2 saya menjadi setiausaha malahan bersyukur diberi peluang ni.. Cuma cukuplah 4 kali tu, tak larat dah nk sediakan minit.. bagi can kat orang lain pulak.. hehe :)


Thursday, August 29, 2013

Ayam Percik Putih

Semalam hubby request nak makan ayam percik sempena buka puasa.. Bila ditanya sempat ke tidak, saya dengan confident je jawab sempat walaupun masa tu dah pukul 6.45 ptg.. sayur pun belum masak lagi tu.. hehe.. resepi ni resepi yang simple dan confirm jadi serta sedap.. tu yang saya confident sempat sediakan hidangan berbuka ayam percik. hehe..

Sebenarnya saya dah beberapa kali menggunakan resepi kuah percik dari Azie Kitchen. Seingat saya smlm adalah kali ke3.. Sebelum ni saya guna resepi kuah percik untuk masak ikan percik.

Saya suka rujuk dekat blog ni sebab Puan Azie asal dari Kelantan sama mcm saya.. dan saya juga penggemar makanan kelantan, macam Puan Azie.

Jom rujuk resepi..


Sumber: http://aziejaya.blogspot.com/

Ayam Percik Putih

Bahan bahan
Ayam belah 4
6 bawang merah
1/2 inci halia
1/2 asam keping
Garam dan gula
1 cawan santan pekat
1 batang serai

Ayam diperap dengan garam, bawang merah dan halia yang dikisar.  Kukus hingga masak.  Atau boleh juga dicelur sahaja atau boleh dibakar terus.  Susun dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang.

Blend bawang merah dan halia bersama santan.  Masak hingga pekat. Masukkan garam, gula dan asam keping.  Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah.

Kuah percik dilumur pada ayam yang dibakar.  Bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga percik melekat di ayam

Nota:

** saya perap ayam dengan garam kunyit jer sebab nak cepat. lepas tu masuk microwave guna high selama 5 minit. Pastu grill atas dapur untuk keringkan ayam.

** untuk kuah percik, saya guna 1 kotak santan dan tambahkan beras yang telah ditumbuk untuk pekatkan kuah. ini tips dari ma saya.


Gambar tak sempat snap sebab bila siap masak je, org dah azan..so cepat2 hidang untuk suami berbuka.

Keputusan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Keputusan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang diadakan pada 27 Julai 2013 boleh disemak melalui Portal SPA bermula hari ini.

http://domino.spa.gov.my/online/keputusan_pe.php?jawatan=Pegawai%20Teknologi%20Maklumat%20Gred%20F41&pemerolehan=SM20130126

Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah.. Hubby lulus exam ni.. harap2 Che Nie kakakku pun lulus juga..


Tahniah syg!!!! 

Wednesday, August 28, 2013

Open source e-Commerce

Source : http://webtecker.com/2008/04/22/8-best-open-source-shopping-cart-solutions/ 

  1. is robust, professional grade e-Commerce shopping cart that you can download, install, and use for free. In the back end, you will use a full featured back end to manage your inventory, orders, shipping, and customers in real time. Your customer’s payments are sent directly to your commercial bank account using the latest security technology. You can even add your own modules to the shopping cart.
  2. is an open source PHP based online shopping cart system. OpenCart is easy to use and is SEO optimized with a very nice interface. A great feature of OpenCart is that customers can write their own reviews of the products.
  3. is a professional open-source e-Commerce solution offering unprecedented flexibility and control. Magento is awesome, I would never believe it is an open-source project. It features clean urls and SEO from the start. Everything is designed in a clean and simple way. Magento also features: Unlimited flexibility, Completely Scalable Architecture, Professional and Community Support, and Smooth Integration with 3rd party apps.
  4. is very popular shopping cart. CubeCart V3 is free, with the exception that you leave their copyright notice in your footer. CubeCart has a large amount of payment gateways and shipping gateways. Their support forums are lively and many people contribute plugins to the cart. To use CubeCart V4 you must pay but it has many features that V3 doesn’t have.
  5. is another very popular online shopping cart, written in Perl/MySQL. It features a css manager so you can edit the look of your cart online. AgoraCart also features unlimited product options, up to 4 different tax zones at the same time, tons of shipping and payment gateways/options. The setup options range from a simple template based store to the integration of a complex visual design and support for program modification.
  6. is a free, user friendly, open source shopping cart. Zen Cart focuses on the merchants and shoppers instead of the developers. Zen Cart also supports multiple payment and shipping options, quantity discounts and coupons. Also Zen Cart is very easy to install.
  7. is an online shopping cart that offers a wide range of features that allows online stores to be setup fairly quickly. osCommerce is backed by a great and active community. It also supports multiple currencies, allows customers to print invoices from the order screen, and has an easy database backup system.
  8. is a powerful, free PHP/MySQL shopping cart system that is easy to install and customize.  The Cart is free but it does have copyright notices that you can pay to get rid of.  StoreSprite has many features including automatic tax calculation, automatic delivery cost calculations, customer ratings and reviews and featured products.

How To Increase Your Chances Of Getting Pregnant

Teringin mempunyai bayi sendiri??

Apa kata anda cuba amalkan perkara2 di bawah. Semoga berhasil.

1. Relaxation
2. Optimal Body Fat
3. Whole Grains
4. Plant-based Protein
5. Full fat Dairy
6. Daily Exercise
7. Folic Acid
8. Acupunture

Aktifkan dirimu

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Bagi salam kat sape pulak daaa.. ada ker yang baca blog saya ni?? hahaha... perasaan jer konon ada yang baca blog nih.. hehe.. xpe la, kot2 ada yang blogwalking, tapi tersampai kat blog ni kan.. kalau ada yang baca terima kasih la yer =) 

Setelah dihitung2, rupanya dah 2 tahun lebih tak mengupdate blog ni ye.. lama ku tinggalkan menyepi.. tup2 buka blog lain.. Boleh pulak ea??? Itu blog tuk bisness, lain punya blog.. ini personal blog, tuk simpan dan kongsi maklumat. Tambah2 sekarang ni tgh mulakan kembali hobi bercucuk tanam yang dah lama tertangguh. Ingat boleh la share perkembangan pelaksanaan mini kebunku itu..

Actually macam2 perkara dah berlaku dalam masa 2 tahun kebelakangan. 2 berita gembira yang akhirnya menjadi memori duka dalam kenanganku.. tarikh 5 Sept 2011 dan lagi sekali 5 Sept 2012. akan ku ingat sepanjang hayatku.. semoga Muhammad Yusof dan Muhammad Adam tenang disana. Umi dan Abi will always love both of you syg. 

Ok.. cukup dulu setakat ni.. mode sedih dh dtg daaa..

Bye2..

Update:
Sempat lagi publish post2 yang dah lama tapi masih dalam draft. hehe