Semalam hubby request nak makan ayam percik sempena buka puasa.. Bila ditanya sempat ke tidak, saya dengan confident je jawab sempat walaupun masa tu dah pukul 6.45 ptg.. sayur pun belum masak lagi tu.. hehe.. resepi ni resepi yang simple dan confirm jadi serta sedap.. tu yang saya confident sempat sediakan hidangan berbuka ayam percik. hehe..
Sebenarnya saya dah beberapa kali menggunakan resepi kuah percik dari Azie Kitchen. Seingat saya smlm adalah kali ke3.. Sebelum ni saya guna resepi kuah percik untuk masak ikan percik.
Saya suka rujuk dekat blog ni sebab Puan Azie asal dari Kelantan sama mcm saya.. dan saya juga penggemar makanan kelantan, macam Puan Azie.
Jom rujuk resepi..
Ayam Percik Putih
Bahan bahan
Ayam belah 4
6 bawang merah
1/2 inci halia
1/2 asam keping
Garam dan gula
1 cawan santan pekat
1 batang serai
Ayam diperap dengan
garam, bawang merah dan halia yang dikisar.
Kukus hingga masak. Atau boleh
juga dicelur sahaja atau boleh dibakar terus.
Susun dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang.
Blend bawang merah
dan halia bersama santan. Masak hingga pekat.
Masukkan garam, gula dan asam keping.
Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan
kuah.
Kuah percik dilumur
pada ayam yang dibakar. Bakar lagi dan
lumur lagi berulang ulang sehingga percik melekat di ayam
Nota:
** saya perap ayam dengan garam kunyit jer sebab nak cepat. lepas tu masuk microwave guna high selama 5 minit. Pastu grill atas dapur untuk keringkan ayam.
** untuk kuah percik, saya guna 1 kotak santan dan tambahkan beras yang telah ditumbuk untuk pekatkan kuah. ini tips dari ma saya.
Gambar tak sempat snap sebab bila siap masak je, org dah azan..so cepat2 hidang untuk suami berbuka.
No comments:
Post a Comment