28/9/13 - Hasil tuaian kedua daun bawang. Malangnya lambat sangat p menuai.. daunnya dah rasa pahit.. tak dapat makan. Sib bek masa pertama kali tuai ok.
28/9/13 - Tempat jemuran a.k.a ruang semaian. Senang nak p menyiram pagi dan petang sebab terlindung sket dari pandangan luar.. tempat pun redup sahaja.. tak panas sangat.. hehehe..
29/9/13 - Sawi telah dipindahkan ke dalam botol2. Sebahagian di letak di tempat ampaian, sebahagian kat balkoni. Saje nak wat ujikaji sket. Kat sini banyak cahaya matahari sesuai untuk pokok membesar..
Belakang sekali, atas kayu adalah pokok bawang.. 4 pokok bwang merah, 2 pokok bawang putih.. Weekend ni nak tanam lagi sebab ada bawang yang dah bercambah. huhu..
Barisan kedua, dari kiri ada 4 anak pokok sawi. nampak macam sesuai jer duk kat situ. sebelahnya tu kacang panjang dan tepi yang melingkar tu adalah kangkung. kangkung ni ditanam dengan cara menanam lebihan kangkung yang diguna untuk memasak. daripada 4 batang kangkung yang ditanam, 1 jer yang survive.
Akhir sekali pokok cili (biji yang dicampak2 jer) dan kangkung (dibeli dari En. Is tanamsendiri).. Pokok cili ni baru ditukar ke pasu yang lebih besar.. kangkung pulak masih kecil walaupun telah ditanam beberapa minggu. perlu baja agaknya.. hehe..
No comments:
Post a Comment