Benih kacang panjang dan ulam raja yang dibeli telah pun disemai pada 7 September lepas. semai 2 biji je setiap satu. 1 pokok kacang panjang cepat besar, 1 lagi lambat, tinggi separuh je dari pokok 1 lagi. dua2 baru ada 1 set daun, so x dapat pindahkan ke pasu yang besar lagi.
ulam raja pula tidak menjadi. hehe.. memula dah tumbuh sekitar 5cm camtu pastu g pindahkan ke semaian lain. pokok patah dan terus mampus.. huhu..
Sekarang fokus pada kacang panjang je dulu. ni nota untuk rujukan agar pokok tersebut berjaya membesar hingga dapat dituai hasilnya. amiin.. :-)
http://www.tanamsendiri.com/2013/08/tanam-sendiri-kacang-panjang-dalam-pasu.html
Anda perlukan bekas sedalam 20 hingga 30 cm (8 hingga 12 inci). Isikan bekas dengan tanah atas (topsoil) yang digaul dengan baja tinja ayam atau kambing dan pasir dengan kadar nisbah 2:1:1. Siram dengan air dan biarkan baja mereput selama 1 hingga 2 minggu.Gunakan pancang kayu sepanjang 1 hingga 1.5 meter (4 hingga 5 kaki). Cucuk di tengah bekas sebagai tempat pokok kacang memanjat. Pastikan kedudukan pancang teguh tapi jangan mampatkan tanah.
Dengan menggunakan hujung pensel atau kayu penyepit, buat lubang sedalam 3 cm (lebih kurang 1 inci). Buat beberapa lubang dengan jarak 10 cm. Jika guna pasu seeloknya buat 3 atau 4 lubang.
Masukkan benih dan timbus lubang. Siram degan menggunakan aliran air yang lembut supaya benih tidak dibawa air. Letakkan bekas di tempat yang kena cahaya matahari.Siram setiap hari untuk lembapkan tanah. Jangan siram terlalu banyak sehingga air bertakung. Benih akan bercambah dalam masa 3 hingga 7 hari. Bila ada 4 helai daun, mula membaja menggunakan baja organik 2 minggu sekali. Jika ingin gunakan baja kimia, gunakan baja NPK dan baja urea. Ikut sukatan pada bekas baja. Baja setiap 3 hari.
Pokok akan dapat dituai selepas 6 minggu pokok disemai.

Nota:
Sekarang dah minggu ke-2.. tak sabar nak tunggu minggu ke-6 nak tuai hasil. hehe..
No comments:
Post a Comment