Thursday, October 3, 2013

Install Oracle 11g

Misi menginstall oracle diteruskan lagi.. aritu tak dapat install sebab tak compatible sebab PC ku 32bit. installer pulak untuk 64bit.

Semalam try lagi guna installer untuk 32bit. seharian try install Oracle 11g tak dapat2.. adoii... asyik error yang sama jer iaitu cannot find main class.. pagi tadi try lagi.. masih tak putus asa sebab boleh try and error sendirian.. hehe.. so keluar error lagi tapi error lain pulak.  error 32 when trying set file time

Daripada pembacaaan, didapati space yang diperlukan untuk install oracle agak besar dan paling elok 8G. Space kat partition C aku pulak dah hampir penuh.So banyak la program2 yang dah diuninstall semata2 nak kosongkan space. huhu..

Last2 dalam kul 10 lebih dapat jugak install.. tapi kat partition D. adoii sakit hatiku.. dah letih dah uninstall program, ko pergi install kat D pulak yer oracle.. hmm.. baru ku tahu yang oracle akan install program dia kat partition sama yang kita letak fail installer tu..tak seperti certain software yang tetap akan install kat C walaupun installer dia letak kat partition mana2. huhu..

takpe shikin.. belajar dari pengalaman.. belajar sendiri lagi bagus daripada kita minta tolong orang, tapi tak dapat belajar apa2 :)

Virtual private network (VPN)

VPS is a network that connects one or more computers to a large network, such as a business network, using the Internet. A VPN is encrypted, so only authorized people have access to it. 


Ooo.. macam tu fungsi VPN.. patutler dari tadi lagi connect database kat server luar tak dapat2.. tak connect ke VPN rupanye.. hehe..

Saya budak baru belajar.. :D

Tuesday, October 1, 2013

Jurnal Mini Kebun - 1 Oktober 2013


28/9/13 - Hasil tuaian kedua daun bawang. Malangnya lambat sangat p menuai.. daunnya dah rasa pahit.. tak dapat makan. Sib bek masa pertama kali tuai ok.


28/9/13 - Tempat jemuran a.k.a ruang semaian. Senang nak p menyiram pagi dan petang sebab terlindung sket dari pandangan luar.. tempat pun redup sahaja.. tak panas sangat.. hehehe..


 29/9/13 - Sawi telah dipindahkan ke dalam botol2. Sebahagian di letak di tempat ampaian, sebahagian kat balkoni. Saje nak wat ujikaji sket. Kat sini banyak cahaya matahari sesuai untuk pokok membesar.. 


Belakang sekali, atas kayu adalah pokok bawang.. 4 pokok bwang merah, 2 pokok bawang putih.. Weekend ni nak tanam lagi sebab ada bawang yang dah bercambah. huhu..


Barisan kedua, dari kiri ada 4 anak pokok sawi. nampak macam sesuai jer duk kat situ. sebelahnya tu kacang panjang dan tepi yang melingkar tu adalah kangkung. kangkung ni ditanam dengan cara menanam lebihan kangkung yang diguna untuk memasak. daripada 4 batang kangkung yang ditanam, 1 jer yang survive.


Akhir sekali pokok cili (biji yang dicampak2 jer) dan kangkung (dibeli dari En. Is tanamsendiri).. Pokok cili ni baru ditukar ke pasu yang lebih besar.. kangkung pulak masih kecil walaupun telah ditanam beberapa minggu. perlu baja agaknya.. hehe..