Tuesday, March 1, 2011

Taman Laut Malaysia

Taman Laut
Kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah, kecuali Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh satu batu nautika dari tikas air surut terendah. Taman Laut ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik.




Aktiviti Dibenarkan
  1.  Selam scuba.
  2.  Snorkel.
  3.  Fotografi dasar laut.
  4.  Berenang.
  5.  Belayar atau berkayak.
  6.  Mendaki bukit/merentas hutan.

Aktiviti Dilarang
  1.  Menangkap atau membunuh ikan.
  2.  Menggunakan serampang ikan.
  3.  Mengutip karang, cengkerang dan organisma laut (sama ada hidup atau yang telah mati).
  4.  Mengutip pasir dan batu-batu.
  5.  Memijak atau mematahkan karang.
  6.  Melabuh sauh di atas terumbu karang.
  7.  Mencemar dan buang sampah.
  8.  Memberi makan ikan.
  9.  Membina sebarang struktur di atas air

Etika Di Terumbu Karang
  1. Jika anda berenang, snorkel, skuba, atau selam bebas, terumbu karang adalah koloni haiwan kecil yang mengambil masa beratus tahun untuk membentuk struktur-struktur yang dapat dilihat pada hari ini.
  2. Jangan berdiri di atas Terumbu Karang
  3.  Melabuhkan sauh adalah dilarang
  4.  Tidak dibenarkan menyentuh hidupan karang
  5.  Elakkan dari mengganggu hidupan karang
  6.  Elakkan dari membuang sampah

Sumber : Jabatan Taman Laut Malaysia

Nota :
  • Sering confuse antara scuba diving dan snorkeling.. huhu

No comments: