Assalamualaikum.. arini nk share berkenaan e-Perkhidmatan atau aplikasi atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Kepada yang jarang / tak pernah masuk ke Portal rasmi KPM, senarai e-perkhidmatan KPM ada pada senarai menu di sebelah kiri portal. Kalau x nampak, kena scroll down lagi ke bawah.
e-Perkhidmatan ini dibahagikan kepada dua iaitu intranet dan internet. e-Perkhidmatan - Intranet digunakan secara dalaman oleh pegawai-pegawai di KPM manakala e-Perkhidmatan - Internet boleh diakses oleh orang awam. Buat masa sekarang, ni adalah aplikasi yang sedang dibuka. Boleh tengok kat laman utama, atas sikit dari footer.. (means kat bawah2..). kalau nk tengok semua (yang buka/tutup) kena masuk menu e-Perkhidmatan laa.
1. SPTV - Permohonan ke Sekolah Teknik dan Vokasional Tahun 2010
2. GSST - Semakan Penampatan Guru Siswazah Terlatih Tahun 2010
- KEPADA GURU-GURU YANG MENGGUNAKAN APLIKASI INI UNTUK MENYEMAK PENEMPATAN PADA 15/11/2010, SILA SEMAK MAKLUMAT PENEMPATAN ANDA SEKALI LAGI KERANA BEBERAPA MAKLUMAT PENEMPATAN TELAH DIKEMASKINI DISEBABKAN OLEH MASALAH TEKNIKAL.
- Tempoh semakan adalah 21 November 2010 - 22 December 2010
3. PPG - Permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG)
- Tempoh Permohonan Atas Talian adalah 22 November 2010 (Isnin) hingga 22 Disember 2010 (Rabu)
4. Semakan Keputusan Temuduga Guru Sandaran Terlatih (GST) Lulusan IPTA
- Semakan ini adalah bagi calon-calon yang telah hadir temu duga pada 17 hingga 19 Ogos 2010.
- Tempoh semakan adalah 28 October 2010 - 28 November 2010
5. Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012
- Tempoh permohonann online adalah 01 July 2010 - 30 November 2010
No comments:
Post a Comment