Thursday, November 25, 2010

Kalendar 2011



cantik tak kalendar yang saya buat?? siap ada gambar masa kawen lg. hehe..suka sgt bila dapat edit2 gmbar ni:D tapi ada kesilapan la plak. lupa nk letak tahun 2011 dan tambah frame sket..

so sesiapa yg jelezz dgn kalendar sy yg cantik ini, sila la buat sendiri yer:P senang je. download Photo Calendar Maker dan install kat pc. kemudian pilih template yang ada, masukkan gambar, tahun kalendar serta text. dah siap photo calendar. simple je kan??

Saya punye trial version, so x leh save dan print. apa yg sy buat, just print screen, paste kan kat paint. then save balik gambar trsbt.

Sunday, November 21, 2010

Hp Garmin-Asus

Semalam pergi jalan2 kat The Mines.. sbb x tau nk bl apa dah, so pergi cuci mata kat Courts kejap. Ada 1 gadjet ni menarik sgt iaitu Handphone Garmin-Asus. harga yang terpapar kt situ +- RM1200.

So timbul keinginan nk memilikinya.. huhu.. disebabkan x mampu, dapat cari info pasalnya pun jadi laa.. mana la tau kan, nnt ada rezeki dpt la merasa pakai hp mahal pula :D

Rasanya semalam tgk model ni.. sbb ada besi kat belah bawah tu. kalau yg ni model GARMIN ASUS M10 PDA GPS WIFI handphone WM6.5

Sumber : mudah.my



General 2G Network GSM 900 / 1800 / 1900
GSM 850 / 1800 / 1900 - US version
3G Network HSDPA 900 / 2100
HSDPA 850 / 1900 - US version
Announced 2010, January
Status Available. Released 2010, March
Size Dimensions -
Weight -
Display Type TFT resistive touchscreen, 65K colors
Size 480 x 800 pixels, 3.5 inches
- Accelerometer sensor for auto-rotate
Sound Alert types Vibration, MP3 ringtones
Speakerphone Yes
- 3.5 mm audio jack
Memory Phonebook Practically unlimited entries and fields, Photocall
Call records Practically unlimited
Internal 4 GB storage, 512MB RAM, 512MB ROM
Card slot microSD, up to 32GB, buy memory
Data GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
EDGE Class 10, 236.8 kbps
3G HSDPA 7.2 Mbps
WLAN Wi-Fi 802.11b/g
Bluetooth Yes, v2.0 with A2DP
Infrared port No
USB Yes, v2.0
Camera Primary 5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus
Features Geo-tagging
Video Yes, VGA@24fps
Secondary
Features OS Microsoft Windows Mobile 6.5.3 Professional
CPU Qualcomm 7227 600 MHz processor
Messaging SMS (threaded view), MMS, Email, Push email
Browser WAP 2.0/xHTML, HTML
Radio No
Games Yes
Colors Black, White
GPS Yes, with A-GPS support
Java Yes, MIDP 2.0
- MP3/eAAC+/WAV/WMA player
- MP4/H.264/H.263/WMV player
- Organizer
- Pocket Office (Word, Excel, PowerPoint, OneNote, PDF viewer)
- Voice memo
- T9
Battery Standard battery, Li-Ion 1500 mAh
Stand-by Up to 600 h (2G) / Up to 600 h (3G)
Talk time Up to 8 h

Festival Malaysia Inovatif 2010


MOSTI akan menganjurkan Festival Malaysia Inovatif 2010 pada 24 - 26 November, bertempat di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Festival ini merupakan penutup kepada program inovasi yang telah diadakan di seluruh malaysia sepanjang tahun 2010.


Terdapat banyak aktiviti2 menarik, diantaranya pameran inovasi dari kementerian2, fashion show, game area dll..

Untuk info detail, sila layari laman rasmi festival malaysia inovatif.

Sekarang ni musim cuti sekolah, so kepada ibu bapa di luar sana, jgn lupa bawa anak2 ke festival tersebut. Kepada peminat Stacy dan Faizal Tahir, boleh laaa ke sana untuk berjumpa dengan mereka..

Jumpa anda dia sanaa.... di sanaa...

Senarai e-Perkhimatan KPM

Assalamualaikum.. arini nk share berkenaan e-Perkhidmatan atau aplikasi atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Kepada yang jarang / tak pernah masuk ke Portal rasmi KPM, senarai e-perkhidmatan KPM ada pada senarai menu di sebelah kiri portal. Kalau x nampak, kena scroll down lagi ke bawah.

e-Perkhidmatan ini dibahagikan kepada dua iaitu intranet dan internet. e-Perkhidmatan - Intranet digunakan secara dalaman oleh pegawai-pegawai di KPM manakala e-Perkhidmatan - Internet boleh diakses oleh orang awam. Buat masa sekarang, ni adalah aplikasi yang sedang dibuka. Boleh tengok kat laman utama, atas sikit dari footer.. (means kat bawah2..). kalau nk tengok semua (yang buka/tutup) kena masuk menu e-Perkhidmatan laa.


1. SPTV - Permohonan ke Sekolah Teknik dan Vokasional Tahun 2010


2. GSST - Semakan Penampatan Guru Siswazah Terlatih Tahun 2010

  • KEPADA GURU-GURU YANG MENGGUNAKAN APLIKASI INI UNTUK MENYEMAK PENEMPATAN PADA 15/11/2010, SILA SEMAK MAKLUMAT PENEMPATAN ANDA SEKALI LAGI KERANA BEBERAPA MAKLUMAT PENEMPATAN TELAH DIKEMASKINI DISEBABKAN OLEH MASALAH TEKNIKAL.
  • Tempoh semakan adalah 21 November 2010 - 22 December 2010


3. PPG - Permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG)

4. Semakan Keputusan Temuduga Guru Sandaran Terlatih (GST) Lulusan IPTA
  • Semakan ini adalah bagi calon-calon yang telah hadir temu duga pada 17 hingga 19 Ogos 2010.
  • Tempoh semakan adalah 28 October 2010 - 28 November 2010
     

5. Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Tuesday, November 16, 2010

Institut Pendidikan Guru (IPG)

Selepas korang berjaya temuduga KPLI, korang akan ditempatkan kat kampus2 Institut Pendidikan Guru. Kat situ laa korang akan belajar selama setahun. IPG induk ada kat Cyberjaya.

Kat sini, saya sharekan sedikit info pasal IPG yang diperoleh dari wikipedia.

Institut Pendidikan Guru merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru (IPG) ini dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jabatan Sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun demikian, institusi ini masih menggunakan nama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan bakal mempunyai IPG induknya tersendiri seperti UiTM.


Selain kampus utamanya di Nilai, Negeri Sembilan, IPG mempunyai 28 kampus cawangan dan sebuah English Language Teaching Centre. Boleh dikatakan IPG mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia. Kampus-kampus tersebut adalah :-
  1. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
  2. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
  3. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
  4. Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
  5. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail
  6. Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
  7. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Ilmu Khas
  8. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
  9. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
  10. Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
  11. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
  12. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
  13. Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
  14. Institut Pendidikan Guru Kampus Persekutuan Pulau Pinang
  15. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
  16. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
  17. Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang
  18. Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
  19. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri
  20. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
  21. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
  22. Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
  23. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
  24. Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
  25. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
  26. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn
  27. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

Pertukaran Guru Januari 2011

Makluman


Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Januari 2011 boleh disemak mulai 15 November 2010. Sila ke Sistem Pertukaran Guru untuk menyemak status permohonan anda.
  • Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.
  • Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Januari 2011.
Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan.. yang x berjaya cuba lagi. jangan putus asa. ada pula yg berjaya, tapi x jadi tukar. apa prosedur nk cancel pertukaran?? ada sesiapa tahu?

KPLI SR & j-QAF Ambilan Jan 2011


 
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru.
Para lepasan Ijazah yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLI SR atau KPLI j-QAF.
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah ( KPLI SR) merupakan program secara sepenuh masa yang mengambil tempoh selama satu tahun di Institut Pendidikan Guru.
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) pula merupakan program secara Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang mengambil tempoh masa selama satu tahun enam bulan.

Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Januari 2011 iaitu lahir pada atau selepas 31 Januari 1976.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  4. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di Semakan Pengiktirafan Kelayakan.
  5. Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
  6. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
  7. Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).

Syarat Tambahan

  1. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  2. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  3. Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.
  4. Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.
  5. Bagi pemohonan bidang pengajian di SJKC, calon perlu memiliki kepujian dalam Bahasa Cina di peringkat SPM atau SPM(V) kecuali permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan;
    Bagi pemohonan bidang pengajian di SJKT, calon perlu memiliki kepujian dalam Bahasa Tamil di peringkat SPM atau SPM(V) kecuali permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .
  6. Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
  • Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
  • Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

Ujian MTeSt

  • Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..
  • Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Ambilan Januari 2011 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLI SR Ambilan Januari 2011.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
  • Pemohon dinasihatkan melayari menyemak kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan dan struktur program sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status ujian MTeST, panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Tarikh-tarikh Penting

11 Oktober 2010- Permohonan dibuka
24 Oktober- Permohonan ditutup
8 November- Semakan ujian MTeST
13 November- Ujian MTeST
3 Disember- Semakan temu duga
13 – 24  Disember - Temu duga
22 Januari 2011- Keputusan Permohonan
31 Januari- Pendaftaran
Tarikh tersebut di atas adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KLPI SR Januari 2011.

Pendaftaran

  • Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 31 Januari 2011. (tertakluk kepada pindaan)
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.
  • Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

Ikatan Perjanjian

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Maklumat

  • Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLI SR Ambilan Januari 2011 untuk mendapatkan maklumat terperinci.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLI SR ini, sila hubungi: 
     
        BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
        ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
        KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
        62604 PUTRAJAYA
        (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
        Telefon : 03 8884 1260/ 1254/ 1243/ 1253/ 1371/ 1235

        URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
        Cawangan Sabah
        d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
        Peti Surat 10491
        88805 Kota Kinabalu, Sabah
        Telefon : 088 236804

        URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
        Cawangan Sarawak Jalan College
        93259 Kuching, Sarawak
        Telefon : 082 258045

Perasmian Blog

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.. pada pagi yang berbahagia ini, saya telah berjaya mendaftar 1 akaun blog yang diberi nama maklumat di hujung jari. mula2 tu nak buat info sharing, tp x available laa pulak. slps puas memikir nama yang sesuai, timbul idea maklumat di hujung jari sbb dengan hanya menekan keyboard byk maklumat yg kita dapat di internet dan insyaAllah dalam blog ini jua hendaknya..

Diharap dengan adanya blog ini, saya dapat berkongsi maklumat dengan saudara - saudari dan seterusnya dapat kita sama2 memanfaatkan maklumat tersebut.

Dengan lafaz bismillah.. saya merasmikan blog Maklumat Di Hujung Jari.

Sekian.